Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Berangkat tiba di Jordan untuk Istiadat Perkahwinan Diraja

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semalam berangkat tiba di Amman, Kerajaan Hasyimiah Jordan untuk menghadiri Istiadat Perkahwinan Diraja bagi anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II ibn Al Hussein, Raja Jordan, iaitu His Royal Highness Prince Al Hussein, Putera Mahkota Jordan dengan Miss Rajwa Khalid Alseif.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Royal Pavilion, Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman dijunjung Tuan Yang Terutama Makram Mustafa Al-Queisi, Minister of Tourism and Antiquities; dan Tuan Yang Terutama Dr. Yousef Al-Shawarbeh, Mayor of Amman.

    Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Baginda ialah Tuan Yang Terutama Haji Mahadi bin Haji Maidin, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kerajaan Hasyimiah Jordan.

    Istiadat Perkahwinan Diraja berkenaan akan berlangsung pada hari ini (1 Jun 2023).

    Baginda Sultan berkenan berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman dijunjung Tuan Yang Terutama Makram Mustafa Al-Queisi, Minister of Tourism and Antiquities. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...