Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berangkat tiba di Lima, Republik Peru

    LIMA, REPUBLIK PERU, 12 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam awal pagi kelmarin berangkat tiba di Lima, Republik Peru bagi mengadakan Keberangkatan Negara yang berlangsung pada 12 hingga 13 November 2024 dan seterusnya akan menghadiri Asia-Pacific Economic Leaders’ Meeting ke-31 pada 15 hingga 16 November.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chávez dijunjung oleh Tuan Yang Terutama Gustavo Lino Adrianzén, President of the Council of Ministers of the Republic of Peru.

    Juga hadir ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Serbini bin Haji Ali.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan tiba lapangan terbang di Lima, Republik Peru dan berkenan dijunjung oleh Tuan Yang Terutama Gustavo Lino Adrianzén. Turut mengiringi adalah KDYMM Baginda Sultan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda