Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berat badan Hayley turun akibat kemurungan

    Vokalis kumpulan Paramore, Hayley Williams mendedahkan dia hilang selera makan selepas bercerai dengan pemain gitar kumpulan New Found Glory iaitu Chad Gilbert.

    Menurut laporan Hollywoodlife, disebabkan itu Hayley mengalami penurunan berat badan yang mendadak sehingga lebih 40 kilogram.

    Malah, Hayley memberitahu dia berdepan dengan pelbagai masalah semenjak perpisahan itu berlaku.

    Bagaimanapun, Hayley kembali bangkit daripada kemurungan itu selepas menyedari dia perlu berfikiran positif dan sentiasa bertenang.

    “Salah satu kesedaran terbesar saya apabila menyedari kemurungan saya alami disebabkan kemarahan yang melampau,” katanya.

    Pasangan itu berkahwin pada Februari 2016 selepas menjalinkan hubungan cinta sejak 2008 dan mereka bercerai pada Julai 2017. – Agensi

    Hayley mengalami kemurungan disebabkan perpisahannya dengan Chad Gilbert pada Julai 2017. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda