Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Beratus-ratus pendatang serbu sempadan AS-Mexico

    CIUDAD JUAREZ MEXICO, 13 MAC – Beratus-ratus orang cuba menyerbu sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico kelmarin, selepas khabar angin menyatakan pendatang akan dibenarkan menyeberang ke AS.

    Sekitar tengah hari, sekumpulan besar rakyat Venezuela mula berkumpul berhampiran pintu masuk jambatan yang menghubungkan Ciudad Juarez Mexico ke El Paso, Texas di selatan AS.

    Kecewa dengan kelewatan dan kesukaran untuk memohon perlindungan di AS selepas menempuh perjalanan beribu-ribu batu melalui Amerika Tengah dan Mexico, beberapa orang memberitahu AFP mereka menyangka akan dibenarkan masuk kerana sambutan ‘hari pendatang asing’ yang sepatutnya disambut pada hari tersebut.

    Imej di media sosial menunjukkan kumpulan yang termasuk ramai wanita dan kanak-kanak berlari ke arah sempadan.

    Mereka segera dihalang oleh kawat berduri, penghadang jalan dan polis dengan perisai.

    “Pengawal sempadan AS bergerak untuk menutup jambatan itu,” kata Enrique Valenzuela, seorang pekerja awam yang membantu pendatang di Juarez.

    Jackson Solis, seorang warga Venezuela berusia 23 tahun, adalah antara yang datang ke jambatan itu kelmarin untuk melihat sama ada khabar angin itu benar.

    Solis memberitahu AFP dia telah menunggu enam bulan untuk cuba menjadualkan temu janji untuk memohon perlindungan di AS, tempat dia ingin bekerja.

    Temu janji kini mesti ditempah melalui aplikasi mudah alih Kastam dan Perlindungan Sempadan yang diperkenalkan tahun ini kerana pemohon perlindungan dikehendaki memohon lebih awal dan bukannya semasa ketibaan.

    Pentadbiran Biden berharap dapat membendung kedatangan pendatang dan pencari perlindungan yang melakukan perjalanan berbahaya yang didalangi penyeludup manusia untuk sampai ke AS. – AFP

    Warga Venezuela yang cuba menyeberang ke AS di Jambatan Antarabangsa Paso del Norte di Ciudad Juarez, negeri Chihuahua, Mexico. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...