Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Barisan panjang yang terbentuk secara tiba-tiba di gerai nasi katok dan restoran-restoran makanan segera seperti McDonald’s, KFC dan Jollibee dalam beberapa hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri sebahagiannya adalah disebabkan oleh gangguan bekalan air di beberapa tempat di Daerah Brunei dan Muara sehingga mereka yang beraya tidak dapat menyediakan juadah Hari Raya untuk tetamu mereka, kata salah seorang penduduk, Awang Tahir.
Orang ramai dalam pakaian cara Melayu dan baju kurung adalah antara pelanggan yang beratur panjang di gerai nasi katok dan restoran makanan segera yang popular selepas mereka mengunjungi rumah keluarga dan rakan karib semasa Hari Raya.
Permintaan tinggi secara mendadak yang disebabkan pengunjung Hari Raya tidak dapat menikmati juadah di rumah-rumah terbuka, telah tular di platform media sosial dengan gambar nasi katok dan kapsyen “Bruneian: Selepas seharian beraya tapi nada ada orang open house – OTW balik rumah singgah bali nasi katok”.
Sementara itu, seorang lagi pelanggan mengatakan adalah amat luar biasa melihat pemandangan orang ramai yang beratur sehingga pukul 1 pagi, dan kebanyakan pelanggan adalah mereka yang baru sahaja beraya selepas menziarahi keluarga mereka yang tinggal di kawasan terjejas oleh gangguan bekalan air.
