Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Beraya naiki basikal imbau kenangan Lebaran

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 30 MEI – Seramai 30 ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Birau, Kebia dan Luagan Timbaran telah menyertai acara Basikal Raya anjuran MPK berkenaan, kelmarin.

    Acara tersebut diketuai oleh Pengerusi Keagamaan dan Belia Majlis Perundingan Kampung Birau, Kebia dan Luagan Timbaran, Dr Abang Haji Hazmin bin Abang Haji Taha.

    Semasa acara tersebut, tiga buah rumah berjaya dikunjungi iaitu rumah Pemangku Ketua Kampung Birau, Haji Burhanuddin bin Haji Hashim; rumah Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman bin Uking dan rumah Dr Abang Haji Hazmin.

    Acara berkenaan didahulukan dengan bacaan Doa Selamat yang diketuai oleh Ketua Imam Masjid Kampung Birau, Awang Ahmad bin Haji Abdul Razak.

    Selain itu, acara raya menggunakan basikal itu adalah bagi mengenang budaya suatu ketika dahulu yang menggunakan basikal semasa berkunjung-kunjungan pada Hari Raya Aidilfitri.

    Antara ahli MPK Birau, Kebia dan Luagan Timbaran semasa memeriahkan sambutan Hari Raya menggunakan basikal. – Gambar serahan MPK Birau, Kebia dan Luagan Timbaran
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...