Berbakti kepada pasukan bomba

Apabila bergelar selebriti, tanggungjawab golongan ini bukan sekadar untuk industri hiburan semata-mata tetapi pengaruh yang ada boleh digunakan untuk berbakti kepada masyarakat.

Aktor Park Hae Jin antara contoh terbaik apabila tidak putus menyokong pasukan bomba dan penyelamat di Korea Selatan. Kesungguhannya dalam memartabatkan kerjaya itu melayakkan dirinya menerima pengiktirafan, baru-baru ini.

Dalam acara yang berlangsung di Sejong, Seoul, baru-baru ini, Hae Jin menerima darjah kehormat marsyal kebakaran. Menurut jurucakap jabatan bomba, sumbangan pelakon itu sangat besar.

“Sebagai anggota bomba kehormat, Hae Jin memainkan peranan yang sangat besar dalam mempromosikan kepentingan anggota bomba di seluruh negara. Tidak ketinggalan, dia turut membuka mata masyarakat betapa pentingnya menjaga keselamatan,” katanya.

Hae Jin dinaikkan pangkat selepas dianugerahkan darjah kehormat anggota bomba pada November tahun lalu.

Berkongsi mengenai pengiktirafan itu, Hae Jin berkata, dia sangat menghormati profesion yang cukup besar jasanya kepada masyarakat itu. Bahkan, mendengar perkataan bomba pun sudah membuatkan hatinya terharu. – Agensi

Hae Jin menerima darjah kehormat marsyal kebakaran. Menurut jurucakap jabatan bomba, sumbangan pelakon itu sangat besar. – Agensi