Berbasikal rentas sempadan

Oleh Nurdiyanah R.

TUTONG, 19 JULAI – Bagi memupuk budaya hidup sihat melalui sukan, lebih 15 orang ahli Kumpulan Berbasikal Ekspedisi Sukarelawan Tutong (BEST) dan Kumpulan Santai-santai Riders (SSR) telah menyertai riadah berbasikal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi Fun Ride TS25 di Baram, Miri, baru-baru ini.

Kayuhan sejauh 44 kilometer sempena Karnival Transformasi SMK Marudi yang bermula di perkarangan sekolah berkenaan telah dimeriahkan dengan penglibatan lebih 100 orang peserta. Menurut Pengerusi Kumpulan BEST, PW1(B) Haji Aminudin bin Haji Abdul Karim, kegiatan tersebut merupakan penyertaan pertama kumpulan berkenaan dan diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim para penggemar aktiviti berbasikal.

Riadah berkenaan turut diserikan dengan kegiatan amal dengan mewakafkan dua buah kitab suci Al-Quran di Masjid Marudi.

Ahli BEST dan SSR bergambar ramai sempena Kayuhan SMK Marudi Fun Ride TS25, baru-baru ini.