Berbelanja besar tidak jamin juara – Klopp

LONDON, 11 SEPT – Jurgen Klopp telah memberi amaran kepada saingan gelaran Liverpool bahawa berbelanja besar membeli pemain baharu tiada memberi jaminan membawa kejayaan ketika juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memulakan kempen baharu mereka menentang Leeds esok.

Pasukan Klopp kembali beraksi setelah hanya tujuh minggu Jordan Henderson menjulang trofi kejuaraan EPL pertama Liverpool setelah 30 tahun.

Ketika mereka merangkul gelaran dengan penuh gaya, Liverpool tampak sangat tidak tersentuh sehingga mendominasi rekod kejuaraan tersebut.

Mereka memenangi 32 daripada 38 perlawanan, menamatkan musimnya dengan jurang 18 mata di atas Manchester City yang berada di tempat kedua dan 33 mata di hadapan dua pasukan Manchester United dan Chelsea yang berada di tempat keempat.

Tetapi untuk City, United dan Chelsea, telah memberi cabaran kepada juara bertahan Liverpool untuk meningkatkan kekuatan mereka dengan berbelanja besar di jendela perpindahan.

Chelsea yang paling banyak berbelanja setelah Frank Lampard melabur sekitar £200 juta (AS$257 juta) dengan membeli pemain baharu Timo Werner, Kai Havertz, Hakim Ziyech dan Ben Chilwell, dengan Thiago Silva tiba dengan perpindahan percuma dan penjaga gawang Edouard Mendy dilaporkan juga akan turut menyertai Chelsea dari Rennes.

Terpaksa menyerahkan gelaran yang dimenanginya selama dua musim sebelum ini, pengurus City, Pep Guardiola juga telah menandatangani pemain antarabangsa dari Belanda, Nathan Ake untuk menguatkan posisi pertahanannya yang ditinggalkan oleh Vincent Kompany pada tahun 2019.

City juga telah menandatangani pemain sayap Sepanyol Ferran Torres dari Valencia ketika Guardiola berusaha untuk menghidupkan kembali pasukannya yang kelihatan lelah menjelang akhir musim yang mengecewakan dengan kekalahan di suku akhir Liga Juara-Juara mereka menentang Lyon.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mempunyai pasukan muda yang bersemangat dan cemerlang selepas kedatangan Bruno Fernandes pada Januari lalu. – AFP

Reaksi Jurger Klopp pada perlawanan yang lalu, Klopp bakal kembali menentang Leeds selepas tujuh minggu menjulang trofi EPL musim lalu. – AP