Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Berbuka puasa bersama warga SMARTER

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Warga SMARTER Brunei telah dijemput ke majlis berbuka puasa yang dihoskan oleh Dr Murali Rao dan pasangannya, Dr Sumaya Rao yang berlangsung di Hotel Radisson di ibu negara, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Turut hadir selaku tetamu khas ialah bakal Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri.

    Pada majlis berkenaan, keluarga Dr Rao juga telah mendermakan $10,000 kepada SMARTER Brunei.

    Dr Rao ialah pakar bedah pergigian dan berkhidmat di Pusat Kesihatan Panaga sebagai ketua perkhidmatan pergigian manakala itu, Dr Sumaya merupakan pakar bedah pergigian yang berkaitan dengan Premier Dental and Orthodontic Centre di Brunei.

    Keluarga Dr Rao telah menetap di Brunei selama lebih 17 tahun dan mereka kerap terlibat dalam kegiatan amal di Brunei dan luar negara.

    Mereka telah menyokong pertubuhan bukan kerajaan di India, Filipina, dan Thailand ke arah pendidikan untuk kanak-kanak yang memerlukan.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan derma kepada salah seorang penerima pada majlis itu.
    Keluarga Dr Rao turut menyumbangkan $10,000 untuk SMARTER Brunei.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...