Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bercerai gara-gara kutuk pemain kesayangan masing-masing

    ACARA sukan terhebat seperti Piala Dunia sepatutnya menyatukan orang bersama untuk menyokong pasukan dan pemain kegemaran mereka, tetapi bagi pasangan Rusia yang telah berkahwin selama 14 tahun, Piala Dunia 2018 adalah penyebab mereka bercerai.

    Arsen berusia 40 tahun dan isteri berusia 37 tahun, Ludmyla, kedua-dua mereka itu adalah peminat fanatik sukan bola sepak. Malah, mereka telah bertemu di bar sukan Chelyabinsk semasa Piala Dunia 2002, dan mereka menjalin hubungan oleh kerana minat yang sama dalam sukan itu. Malah, mereka ini adalah peminat bagi dua pasukan bermusuh dalam kelab bola sepak Moscow iaitu Spartak Moscow dan CSKA Moscow. Namun itu tidak menghalang mereka untuk berkahwin. Namun baru-baru ini, pemain kesukaan mereka yang juga musuh terbesar dalam sejarah bola sepak moden, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, telah menamatkan perkahwinan mereka selama 14 tahun.

    Arsen memberitahu akhbar Rusia, Argumenti i Fakty bahawa dia dan isterinya sering mengusik sesama sendiri antara Messi dan Ronaldo, tetapi Piala Dunia yang berlangsung baru-baru ini adalah yang terburuk buat mereka. Selepas debut permainan Argentina begitu mengecewakan di Piala Dunia 2018 lalu, Ludmyla mula mengejek prestasi Messi dan bagaimana dia tidak dapat bermain bola sepak dengan begitu baik, tetapi Arsen tidak mengendahkannya. Walau bagaimanapun, semasa perlawanan Argentina menentang Nigeria, dia tidak dapat menahan kemarahannya lagi. Semasa itu dia telah meraikan gol Messi, namun isterinya mula mempersendakan idolanya itu lagi. Dari situ dia merasa tersentak.

    Arsen memberitahu akhbar Rusia, Argumenti i Fakty bahawa dia dan isterinya sering mengusik sesama sendiri antara Messi dan Ronaldo, tetapi Piala Dunia yang berlangsung baru-baru ini adalah yang terburuk buat mereka. – Agensi

    “Ini adalah kesabaran terakhir saya,” kata Arsen kepada wartawan Chelyabinsk Argumenti i Fakty. “Sejak permulaan Piala Dunia, Lyudmila sentiasa mengejek saya dan juga pemain kesukaan saya, mengatakan bahawa dia bermain sangat buruk dan tidak mampu menjaringkan gol walaupun dalam keadaan penalti semasa menentang Iceland. Dan semasa perlawanan menentang Nigeria, saya sangat bimbang terhadap mereka (Argentina). Apabila dia sekali lagi mula bercakap tidak baik tentang Lionel dan persembahannya, saya mula marah dan sebagai balasan, saya mula menyatakan segala-galanya mengenai pemain kesukaannya iaitu Ronaldo, pasukan kebangsaan Portugis, dirinya dan semua kelab bola sepak lain yang diminati oleh Lyudmila. Kemudian saya mengambil semua barangan saya dan meninggalkannya dengan cara yang ‘baik’.”

    Keesokan harinya, Arsen dilaporkan pergi ke pusat pendaftaran awam Chelyabinsk dan memfailkan perceraian. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda