Berdepan denda jika ingkar perintah berkurung

LONDON, 13 JAN – Rakyat Britain berdepan tindakan tegas termasuk denda serta merta, jika melanggar peraturan perintah berkurung berikutan peningkatan drastik pandemik COVID-19.

Setiausaha Dalam Negeri, Priti Patel berkata polis sudah mengeluarkan 45,000 denda serta-merta kepada individu yang gagal mematuhi peraturan perintah berkurung.

“Kita jangka lebih banyak tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa kerana kurangnya pematuhan peraturan dan meningkatnya kes jangkitan COVID-19.

“Pesanan saya kepada sesiapa yang enggan melakukan perkara yang betul (mematuhi peraturan perintah berkurung) dan tidak memainkan peranan anda, maka pegawai polis yang sedang mempertaruhkan nyawa mereka akan bertindak.

“Dan saya akan menyokong mereka (polis),” katanya pada sidang media Downing Street, di sini, semalam.

Patel berkata saranan kerajaan untuk orang ramai terus duduk di rumah bermakna tidak meninggalkan kawasan masing-masing dan keluar tanpa urusan penting.

England kini dalam fasa ketiga sekatan ketika negara itu berdepan tekanan untuk menghentikan peningkatan drastik penularan COVID-19.

Beliau juga berkata larangan semasa yang dikuatkuasakan oleh kerajaan ketika ini cukup ketat. – AFP

Setiausaha Dalam Negeri Britain PritiPatel menghadiri siding media pandemickCOVID-19 di 10, DowningStreet di tengah London pada 12 Januari 2021. Individu yang melanggar sekatan koronavirus diingatkan akan dikenakan tindakan tegas. – AFP