Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPTEMBER – Terus dan rajinlah berdoa kepada Allah tanpa mengira masa dan keadaan, dan berdoa dengan adab dan bertatatertib agar doa dimakbulkan.
Doa mempunyai kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T., oleh itu kita dituntut untuk berdoa dengan adab dan bertatatertib supaya doa dimakbulkan dan antara terdapat adab dan tatatertib itu, berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan mengucap nama Allah S.W.T. serta mengucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W.
Perkara itu ditegaskan oleh Khatib semasa menyampaikan khutbah Jumaat hari ini, bertajuk ‘Adab dan Tatatertib berdoa’, menjelaskan, doa bererti permintaan atau permohonan dan luahan hasrat hati seorang hamba kepada Khaliq untuk menyatakan sesuatu hajat lebih-lebih lagi ketika ditimpa ujian dan kedukaan.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu.