Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Beregu Malaysia juara Terbuka Jerman 2022

    KUALA LUMPUR, 13 MAC – Beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencatat sejarah tersendiri apabila menewaskan pasangan China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi untuk meraih gelaran sulung kejohanan Jelajah Dunia pada Terbuka Jerman 2022 hari ini.

    Pada perlawanan akhir berlangsung di Westenergie Sporthalle, Muelheim, gandingan pasukan Malaysia yang menghuni ranking ke-17 dunia saling mengejar mata sebelum lawan mereka mendahului 11-8.

    Pasangan Malaysia itu yang diletakkan sebagai bukan pilihan berjaya menggagalkan hasrat gandingan baharu China itu untuk menamatkan perlawanan lebih awal pada kedudukan 20-19 dan 21-20, sebelum memenangi set pertama 23-21.

    Beberapa kesilapan mudah dilakukan pasangan Sze Fei-Nur Izzuddin mengundang padah apabila mereka tewas set kedua 21-16, sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan.

    Babak penentuan menyaksikan pasangan Malaysia meneruskan asakan namun aksi ‘mengasak’ Nur Izzuddin sedikit terganggu apabila kelihatan mengalami kesakitan pada lutut kanan sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-14. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...