Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

Berfikiran kritis: Apakah manfaatnya?

Berfikiran kritis atau critical thinking adalah salah satu kemahiran yang wajib dimiliki oleh para pencari kerja. 

Memiliki kemampuan ini mampu membuat pendirian seseorang menjadi lebih positif dan kritis.

Oleh itu, penting untuk mengetahui cara meningkatkan kemampuan untuk berfikir secara kritis.

Fikiran secara kritis

Dipetik dari Monash University, berfikiran kritis atau critical thinking adalah kemampuan untuk menanyakan setiap aspek penting dalam suatu permasalahan. 

Ketika mempraktikkan kemampuan ini, seseorang itu diminta untuk menganalisis suatu topik atau permasalahan itu secara objektif.

Melalui cara tersebut, hasil yang didapatkan tidak akan berat sebelah dan benar-benar berdasarkan fakta yang ada. 

Bukan setakat itu, kemampuan berfikiran kritis juga membantu dalam memilih maklumat yang penting atau tidak, untuk menyelesaikan masalah.

Ia juga membantu membuat keputusan penting dalam berbagai aspek, tidak kira dari segi kehidupan, pekerjaan, atau kerjaya.

Dari penjelasan di atas dapat disimpulkan bahwa berfikiran kritis adalah kemampuan yang penting untuk kejayaan sesebuah kerjaya.

Namun, masih ada beberapa manfaat yang boleh didapatkan dengan menguasai kemampuan ini.

Berikut merupakan manfaat memiliki kemampuan berfikir secara kritis.

Mudah menyelesaikan masalah

Dengan melatih dan meningkatkan kemampuan berfikiran kritis, seseorang itu dapat menemukan apa saja kesalahan yang mungkin tidak kelihatan oleh rakan sekerja atau bahkan pihak atasan. 

Tidak hanya mengenal pasti apa saja permasalahannya, manfaat lain dari berfikir kritis adalah membantu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk sesuatu masalah yang timbul.

Dalam kata lain, berfikiran kritis dapat meningkatkan kemampuan problem solving yang juga sangat penting dalam dunia kerja.

Mengetahui kemampuan diri

Ia juga dapat membuat seseorang itu lebih mengetahui kemampuan diri.

Ketika menganalisis sesuatu masalah secara kritis, seseorang itu akan menerima maklumat baharu yang sebelumnya tidak diketahui.

Perkara tersebut akan membuat kita faham akan kemampuan diri, mengetahui apa yang tidak diketahui, dan mencari cara untuk memperbaikinya.

Menjadi lebih berfikiran terbuka

Ketika menerima maklumat baharu atau mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang ada, seseorang itu harus berpegang pada objektif dan tidak berat sebelah dengan pengetahuan yang sudah dimiliki sebelumnya.

Jika sudah mengetahui kemampuan diri dan mengikut objektif dalam melihat sesuatu, maka akan lebih mudah untuk menerima maklumat baharu. 

Dengan begitu, kita dapat menjadi lebih berfikiran terbuka dalam menerima maklumat atau hujah yang disampaikan oleh orang lain.

Mampu berkomunikasi dengan baik

Manfaat lain dari berfikir kritis adalah meningkatkan kemampuan komunikasi. Lebih khususnya, kemampuan menyampaikan sesuatu idea secara sistematik dan informatif. 

Dipetik dari The Balance Careers, berfikir kritis akan mendorong untuk mempelajari maklumat baharu, memahami maksudnya dan menjelaskan idea tersebut kepada orang lain secara mudah.

Ia sangat membantu untuk seseorang yang melakukan pembentangan dalam menyampaikan idea tersebut. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -