Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Bergambar bersama selebriti di Muzium Lilin Movieland

    Berdiri bersebelahan dengan bintang Hollywood dan ahli politik terkenal mungkin menjadi impian seumur hidup bagi sesetengah orang. Hasrat tersebut mungkin sebahagiannya tercapai apabila berada di Jeju.

    Muzium Lilin Movieland (MWM), yang telah mempamerkan kira-kira 150 anak patung lilin yang menyerupai selebriti global dan watak animasi yang digemari, dibuka di Kompleks Pelancong Jungmun Pulau Jeju pada 6 Januari lalu.

    MWM, muzium lilin tertua dan terbesar, dibuka di Buena Park, California, pada 1962. Sepanjang empat dekad beroperasi sebelum ditutup pada 2006, muzium itu menarik lebih 10 juta pengunjung.

    Yang Dong-hee, seorang wartawan yang menjadi usahawan, memperoleh Muzium Lilin Movieland melalui bidaan antarabangsa, bersama-sama dengan hak tanda dagangan muzium, dan memindahkan muzium secara kekal ke Jeju.

    “Bekerja sebagai wartawan pada tahun 1980an dan 1990an, saya mempunyai peluang yang kerap untuk mengunjungi Amerika Syarikat,” kata Yang kepada akhbar The Korea Herald.

    Yang Dong-hee, pemilik Muzium Lilin Movieland di Jeju, bergambar dengan patung lilin Jackie Chan. – ANN/The Korea Herald
    Watak animasi Disney Frozen antara yang dipamerkan sebagai patung lilin di Muzium Lilin Movieland di Jeju. – ANN/The Korea Herald

    “Di California, saya terpesona dengan pemandangan Muzium Lilin Movieland, jadi saya melawat muzium itu lebih daripada 10 kali.”

    Muzium ini terdiri daripada lima bahagian, Hollywood Legends, Hollywood Superstars, International Legendary Singers, International Sports Stars dan Global Leaders and Politicians.

    Tujuan untuk mereka bentuk muzium lilin, menurut Yang, adalah mementaskan figura seakan hidup dengan ekspresi muka yang rancak dengan latar belakang zaman kegemilangan mereka. Pengunjung boleh merasakan seolah-olah mereka berada di dalam adegan filem, atau berjalan di permaidani merah di sebelah bintang kegemaran mereka.

    Yang telah memberikan beberapa kelainan yang menyeronokkan kepada set untuk mewujudkan hubungan khayalan antara dua tokoh terkenal. Pelakon Korea Sol Kyung-gu, yang memainkan ahli gusti profesional legenda etnik Korea pada tahun 1950an Jepun dalam ‘Rikidozan’, menonton ahli gusti Hulk Hogan dari luar gelanggang sebagai salah satu contoh.

    Kebanyakan pakaian yang dipakai oleh patung lilin di bahagian Hollywood Legends adalah sumbangan daripada studio filem, atau daripada pelakon dari Movieland. Butiran sedemikian kelihatan dicatat pada ‘Fakta Lilin’ yang dipamerkan.

    Sebagai tambahan kepada 101 patung lilin asal dan prop daripada filem dan animasi Hollywood, Yang membeli 30 patung lilin buatan yang dibuat dengan menggunakan kaedah 3D terkini sejak tiga tahun lalu. – ANN/The Korea Herald

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...