Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 7 Ogos – Bagi mengekalkan keselamatan terutama di kawasan kediaman, Balai Polis Kuala Belait telah mengendalikan operasi rondaan pencegahan jenayah melalui Unit Pengawasan Kejiranan (PK) yang diketuai oleh Koperal Mohd Ismail bersama dua orang ahli PK Kampung Sungai Teraban, baru-baru ini.
Rondaan tersebut tertumpu di kawasan bawah tadahan kampung seperti kawasan sekolah rendah, kawasan masjid sehingga sepanjang jalan Kampung Sungai Teraban.
Unit PK berusaha akan sentiasa menjalankan rondaan berkenaan dan sokongan serta galakan penduduk kampong untuk ikut serta amat diharapkan bagi sama-sama mendukung matlamat ‘bersama masyarakat mencegah jenayah’.
Dalam pada itu, sikap saling membantu, kerjasama dan keprihatinan sesebuah komuniti masyarakat seperti PK dilihat dapat menjana kehidupan yang aman dan harmoni.
