Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berganding bahu kaji ‘Deep Skull’

    KUCHING, 22 Okt – Jabatan Muzium Sarawak, dengan kerjasama sebuah universiti Australia, sedang membuat penyelidikan ke atas tengkorak dikenali sebagai ‘Deep Skull’, dipercayai milik seorang wanita pertengahan umur yang meninggal dunia dan dikebumikan di pintu sebelah barat Kompleks Gua Niah kira-kira 35,000 tahun lepas.

    Prof Madya Dr Dareen Curnoe dari University of New South Wales, Sydney, berkata tengkorak itu adalah serpihan rangka manusia moden zaman awal paling lengkap yang ditemukan setakat ini di Asia Tenggara, sekali gus menjadikan Gua Niah lokasi penting di dunia berkaitan peninggalan zaman prasejarah.

    “Tahun ini adalah ulang tahun ke-60 penemuan Deep Skull, serpihan rangka manusia Pleistocene pertama yang kami jumpa di Gua Niah pada 1958,” katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk “Lembaran Sejarah Gua Niah Selanjutnya” di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda