Bergantung pada budi bicara syarikat

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Isu pemotongan gaji yang dibuat oleh majikan terhadap mereka yang tidak dapat hadir ke pejabat kerana belum lengkap divaksinasi adalah bergantung kepada syarikat dan budi bicara masing-masing.

“Jika individu terbabit tidak dapat melakukan kerja dari rumah (WFH) dan jika ada cutinya, gunakanlah cutinya, sama ada untuk memotong gajinya itu, itu adalah hak syarikat masing-masing,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika ditanya mengenai situasi mereka yang baru mendapatkan satu dos vaksin telah dipotong gaji kerana tidak dapat hadir bekerja.

Yang Berhormat Dato menambah, seperti yang diumumkan sebelum ini, hanya mereka yang telah lengkap mendapatkan vaksinasi COVID-19 dibenarkan untuk kembali bekerja semasa Fasa Peralihan ini.