Bergaya selesa dan moden di Aidilfitri

Oleh Zanyra Dawoud

DIIKTIRAF sebagai salah seorang pereka fesyen terkemuka Malaysia dan telah bergiat aktif dalam seni rekaan fesyen selama tujuh tahun, Altelia Amani kembali lagi dengan koleksi pakaian terbaru sempena Aidilfitri ini.

Rekaan yang sering ditampilkan oleh beliau memang cukup sinonim dengan gaya glamor, moden dan mementingkan unsur keselesaan di mana ciri tersebut juga tetap diterapkan dalam koleksi terbaru ini.

Menampilkan rekaan kurung moden, jubah, kaftan dan gaun cape setentunya dapat memberikan pilihan kepada setiap wanita sekaligus membuatkan wanita yang menggayakannya berasa cukup berpuas hati.

Bagi wanita yang mementingkan unsur keselesaan usah gusar kerana fabrik yang digunakan dalam rekaan terbaru dari Atelia Amani ini juga dijamin tidak akan membuatkan berasa panas ketika menggayakannya.

Malah para wanita yang menggayakannya setentunya akan berasa lebih yakin dan cukup selesa di samping tampil dengan gaya yang cukup anggun dan elegan.