Saturday, December 2, 2023
23.4 C
Brunei

    -

    Bergembleng tenaga demi kesejahteraan kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kawasan II Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri, baru-baru ini, telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan sebagai salah satu peranannya dalam memajukan dan memperkasakan kesejahteraan kampung berkenaan.

    Aktiviti amal oleh ahli MPK yang diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Kawasan II, RPN Kampung Mentiri, Haji Mohd Nizam bin Abdullah itu menumpukan kepada membersihkan dan memotong dahan pokok yang menghalang lalu lintas bagi keselamatan pengguna jalan raya di kawasan Simpang 41.

    Haji Nizam melahirkan penghargaan atas kerjasama ahli MPK dan penduduk kawasan berkenaan dalam sama-sama memeduli kepentingan dan keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya di situ.

    “Aktiviti kemasyarakatan ini perlu dilaratkan kepada kawasan lain yang menjadi tumpuan dan yang memerlukan perhatian bagi kemanfaatan, keselamatan dan kemudahan semua,” jelasnya.

    Beliau seterusnya berharap agar lebih ramai lagi penduduk akan tampil menggembleng tenaga bersama-sama untuk berperanan menyelenggarakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan termasuk kebersihan dan keselamatan di kawasan RPN berkenaan.

    Juga menyertai akitiviti berkenaan ialah Pemangku Ketua Kampung Kawasan I, Haji Layar bin Raime serta penduduk di kawasan RPN Kawasan I.

    Aktiviti bergotong-royong membersihkan dan memotong dahan pokok yang menghalang pengguna jalan raya di kawasan Simpang 41.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    7 mangsa pesawat Osprey belum ditemui

    TOKYO, 1 DIS – Pihak pengawal pantai Jepun hari ini menyusuri dasar laut untuk mencari serpihan pesawat tentera Osprey Amerika Syarikat (AS) yang terhempas...