Bergwijn bantu Spurs benam Citizens

LONDON, 3 FEB – Steven Bergwijn mencipta jaringan gol pertamanya dan Son Heung-min menjaringkan gol untuk memberikan kemenangan selesa Tottenham 2-0 ke atas Manchester City semalam untuk menghidupkan semula kepercayaan mereka untuk Liga Juara-Juara musim depan.

Juara bertahan Liga Perdana, City telah tewas enam kali di liga berada semakin jauh mengejar Liverpool dengan 22 mata dengan hanya tinggal 13 perlawanan sahaja lagi dan City gagal pertikaikan untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga 30 tahun Liverpool.

Tottenham bangkit dan berada di tempat ke-5 dengan hanya berbeza empat mata di tempat ke-4 Chelsea walaupun Spurs hanya membuat tiga percubaan berbanding City 17.

Spurs menjaringkan gol hanya dari dua percubaannya selepas kekasaran Oleksandr Zinchenko ke atas Harry Winks menghentikan serangan balas spurs,di mana pemain tengah City itu dilayangkan kad kuning kedua.

Spurs berada di depan pada minit ke-63 menerusi pemain baru ditandatangani Spurs Bergwijn. Pemain sayap itu baru tiba empat hari lalu dari kelab PSV Eindhoven.

Steven Bergwijn ketika meraikan jaringan gol pembukaan ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Tottenham Hotspur dan Manchester City di Stadium Tottenham Hotspur di London, England. – AP

Tidak lama selepas Bergwijn menjaringkan gol beliau mengalami kekejangan, beliau adalah rekod dari perpindahan musim panas sejurus selepas itu Bergwijn membantu menjayakan jaringan gol kedua.

Tanguy Ndombele hanya berada di padang hampir seminit sahaja apabila dia menghantar bola ke Son yang meledakkan jaringan gol melepasi penjaga gawang City Ederson pada minit ke-71.

Mourinho berasa gembira setelah bergegas pada babak pertama dan ketawa dalam keadaan menyindir ketika keputusan VAR bertentangan dengan Tottenham.

Raheem Sterling terselamat dari diarahkan keluar padang apabila melakukan kekerasan menjatuhkan Dele Alli.

Dalam satu lagi insiden yang berasingan beberapa minit berlalu, VAR memberi keputusan agak lewat untuk menghadiahkan sepakan penalti kerana kekerasan oleh Serge Aurier kepada Sergio Aguero.

Namun penjaga gawang Tottenham Hugo Lloris berjaya menyelamatkan sepakan dari İlkay Gundogan.

Memandangkan kajian VAR sedang dijalankan, kedua-dua pasukan bertembung dalam insiden pergaduhan dan tiada penalti diberikan. – AP