Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berharap boleh tarik pelabur India ke NAC

    IPOH, 16 Feb – Malaysia berharap untuk mendapatkan pelabur automotif India untuk melabur dalam Kluster Automotif Nasional @ Proton City (NAC) yang baru dilancarkan di Tanjung Malim.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua (MITI), Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, India merupakan pasaran yang sedang muncul dengan jenama Inggeris seperti Jaguar dan Land Rover yang berkembang maju di bawah pemilikan Tata (syarikat India).

    “Ini adalah agenda baru saya dan saya harap ia akan mewujudkan sebuah hab automotif yang mana kita boleh mewujudkan rantaian bekalan daripada pihak lain.

    “Saya harap ia dapat menjadi kenyataan dan akan mewujudkan 100,000 pekerjaan di Perak,” katanya di rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Gunung Rapat, di sini hari ini.

    Ong berkata, beliau juga memberi taklimat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai perkara itu.

    “Mereka (Najib dan Zambry) menyokong idea ini. Kami akan meminta mereka (pelabur India) jika mereka berminat membuka hab automotif di Malaysia, untuk menembusi pasaran ASEAN,” katanya.

    Pada 3 Februari, Najib melancarkan NAC, seluas 386.6 hektar kawasan yang khas untuk segmen khusus industri, seperti hab untuk teknologi hijau, kereta elektrik dan komponen teknologi lain untuk automobil moden, serta sistem jalan raya yang akan bertindak sebagai trek ujian untuk Proton. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda