Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Berhemah semasa memandu

    Merujuk surat pembaca bertajuk Hentikan buli jalan raya oleh Hentikan Buli yang disiarkan dalam akhbar Media Permata bertarikh 18 Mei lalu, pandangan penulis perlu diambil perhatian oleh semua pengguna jalan raya di negara ini terutama pihak relevan.

    Ini kerana ia si pembuli bukan sahaja membahayakan keadaan, mereka juga kadang-kadang nekad mencederakan pemandu lain jika mereka tidak berpuas hati.

    Mengambil contoh sahaja berita tular di Malaysia baru-baru ini tentang warga emas yang dibelasah kerana kecuaian pemanduan warga emas berkenaan. Tidak mustahil, perkara seperti ini pasti berlaku di negara kita sendiri jika si pembuli tidak dapat mengawal emosi mereka sehinggakan sanggup mencederakan orang lain demi kepuasan hati.

    Di samping itu juga, saya ingin menekankan tentang bahayanya penggunaan telefon bimbit semasa memandu. Baru-baru ini, saya nyaris dilanggar oleh seorang pemandu yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu malah menunjukkan isyarat lucah kepada saya yang kononnya dia tidak bersalah. Justeru diharap pihak relevan lakukan tinjauan pemandu-pemandu di negara ini.

    Siti

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...