Wednesday, May 14, 2025
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berhentilah mengamalkan riba

    (Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    SIRI 1

    Menurut syarak setiap sesuatu yang dimakan atau diminum oleh seseorang mampu memberi kesan yang baik ataupun buruk kepada individu tersebut, sama ada pada fizikal, mental mahupun rohani.

    Oleh kerana itu, pemilihan makanan, khususnya dari aspek kehalalannya dan kebaikannya seperti bersih, selamat, berkhasiat dan menyelerakan merupakan perkara yang dituntut ke atas setiap muslim. Ini sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT dalam firmanNya yang tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.” (Surah al-Baqarah: 172)

    Namun perlu juga diambil perhatian bahawa Islam bukan hanya setakat menyuruh umatnya untuk memilih makanan dan minuman yang baik lagi halal, akan tetapi lebih dari itu, Islam juga mengajak dan mengajar umatnya agar berusaha mencari sumber rezeki atau pendapatan yang baik serta halal. Mata pencarian dari jalan atau sumber yang halal dilihat sebagai suatu keutamaan dan perkara yang sangat penting kerana ia mampu membentuk atau mengubah keperibadian seseorang.

    Sebaliknya pula, Islam menekankan agar menjauhi dan meninggalkan perkara yang diharamkan dan tidak terkecuali wang atau hasil pendapatan yang datang daripada sumber yang haram. Ia tiada nilai dan tidak dipandang di sisi syarak, bahkan akan membawa kepada kebinasaan. Perkara yang lebih ditakuti lagi ialah jika akibat atau kesan buruk daripada sumber yang haram itu turut diterima atau dialami oleh ahli keluarga yang ditanggung dengan hasil yang haram itu.

    Akibat Memakan Hasil Yang Haram

    Antara akibat menggunakan dan memakan hasil yang haram ialah doa seseorang itu tidak diterima sepertimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA dalam satu hadis yang panjang bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Wahai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik (suci, bersih dari segala kekurangan), dan Dia tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman dengan apa yang Dia perintahkan kepada para Rasul.”

    Islam juga mengajak dan mengajar umatnya agar berusaha mencari sumber rezeki atau pendapatan yang baik serta halal. – Gambar hiasan

    Kemudian Baginda bersabda (lalu membacakan) ayat 51 dari Surah al-Mukminun, Allah SWT berfirman yang tafsirnya: “Wahai Rasul-rasul! Makanlah dari benda-benda yang baik-baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal saleh; sesungguhnya Aku Amat Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” dan Surah al-Baqarah, ayat 172.

    Kemudian Rasulullah SAW menyebutkan tentang seorang yang mengadakan perjalanan jauh, yang kusut rambutnya lagi berdebu, dia menadahkan kedua tangannya ke langit, seraya berdoa: “Ya Tuhanku! Ya Tuhanku!”, sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dengan yang haram, lalu bagaimana doanya itu diperkenankan?

    (Hadis riwayat Muslim)

    Hasil yang bersumberkan riba

    Antara sumber haram yang dimaksudkan ialah pendapatan atau perolehan yang bersumberkan riba. Hukum mengambil dan menggunakan wang riba itu adalah haram, sama ada untuk kegunaan dirinya sendiri atau diberikan kepada orang lain.

    Ini kerana riba adalah haram dan ia merupakan salah satu daripada tujuh dosa-dosa besar dalam Islam. Malahan memakan hasil riba adalah sekeji-keji dosa selepas syirik kepada Allah. Perkara ini jelas diterangkan dalam nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW.

    Riba dari segi bahasa bererti lebih. Manakala dari segi syarak, dan sebagaimana kata al-Imam ar-Ruyani Rahimahullah, bererti: Suatu ‘akad di atas suatu ‘iwadh (benda yang jadi tukar ganti) yang tertentu yang tiada diketahui persamaannya dalam kaedah syarak ketika berlaku ‘akad itu, atau serta bertangguh pada kedua-dua ‘iwadh itu atau salah satunya.

    Riba itu terjadi pada al-amwal ar-ribawiyyah, iaitu barang atau harta tertentu yang telah dinashkan dalam hadits Rasulullah SAW.

    Secara umum, riba terbahagi kepada dua iaitu:

    Pertama: Riba al-Fadhl (al-Bai‘), iaitu menjual dua benda sejenis dan se-illah secara tidak sama timbangan, seperti menjual 10 misqal emas dengan 11 misqal emas.

    Kedua: Riba an-Nasi’ah, iaitu menjual barang ribawi secara bertangguh seperti menjual 10 misqal emas dengan 10 misqal emas secara hutang.

    Dalam mazhab Syafi‘e riba al-Bai‘ terbahagi kepada tiga iaitu:

    1. Riba al-Fadhl, iaitu jual beli berserta tambahan salah satu daripada dua ‘iwadh (tukar ganti) pada jenis yang sama. Contohnya seperti menjual 10 gantang gandum dengan 11 gantang gandum.

    2. Riba al-Yad, iaitu jual beli berserta melengahkan (melambatkan) penerimaan salah satu tukar ganti atau kedua-duanya sekali tanpa ada penyataan tangguh. Contohnya seperti dua jenis mata wang adalah berlainan jenis tetapi mempunyai satu illah.

    Maka jual-belinya boleh berlainan nilai akan tetapi hendaklah timbang terima itu berlaku dalam majlis akad itu sendiri, iaitu secara tunai. Sama sekali tidak boleh pertukaran (jual dan beli) barang itu ditangguhkan selepas majlis akad.

    3. Riba an-Nasa’, iaitu riba yang masyhur yang berlaku dalam zaman Jahiliyah sebelum Islam. Maksudnya adalah: “Pertambahan pada hutang dengan bertambahnya tempoh pembayaran”. Ini berdasarkan tafsiran para ulama, dengan ijmak, maksud riba Jahiliyah adalah kaum Musyrikin Makkah apabila mereka memberi hutang sampai kepada tempoh pembayaran balik, maka mereka memberi pilihan kepada peminjam sama ada membayar hutang tersebut atau menangguhkan pembayaran akan tetapi dengan syarat menambah kadar pembayaran.

    Salah satu dalil larangan mengenai riba ialah firman Allah SWT yang tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.” (Surah Ali ‘Imran: 130)

    Sebaliknya, menjauhi riba itu merupakan ketaatan terhadap perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada dan beringat bahawa syaitan akan sentiasa menghiasi sesuatu yang haram sehingga manusia terlupa dan lalai lalu mengambil atau melakukan perkara yang haram dan mengamalkannya tanpa perasaan ragu. Firman Allah SWT yang tafsirnya: “Wahai sekalian manusia makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

    (Surah al-Baqarah:168)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/