Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Berhijrah ke Jakarta bukan sebab tak laku

    Selepas lama merancang, penyanyi dan pelakon, Hazman Al-Idrus akhirnya nekad berhijrah ke Indonesia bagi melebarkan karier seni.

    Berdepan pelbagai halangan, impian Hazman akhirnya terlaksana apabila bulan lalu, dia dan isterinya, berpindah ke Jakarta.

    Berkongsi kisah penghijrahannya, semuanya bermula selepas Hazman menyertai program realiti, D’Academy Asia pada 2015 di mana dia sering berulang alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta bagi memenuhi tawaran nyanyian dan lakonan.

    Atas komitmen itu, Hazman memasang hasrat berhijrah ke Indonesia, namun, kekangan jadual seni di Malaysia menghalang hasrat berpindah ke negara itu. Selepas mendirikan rumah tangga pada 2020, niat Hazman sekali lagi terbantut berikutan penularan pandemik COVID-19.

    Apabila pandemik melangkah ke fasa peralihan endemik, faktor kesihatan ibu mentua pula menghalang dirinya berpindah ke Jakarta.

    Hazman dijangka berada di Indonesia dalam tempoh lama kerana ingin membina kerjaya di republik itu. – Agensi

    “Selepas menyertai D’Academy Asia, saya terima banyak tawaran terutama dalam bidang lakonan. Saya ditawar menjadi watak utama.

    “Saya mula berulang alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta sejak 2016 hingga 2019 hingga bercadang menetap di sana. Namun, jadual kerja di Malaysia terlalu padat, hasrat itu tidak dapat diteruskan.

    “Bagaimanapun, bulan lalu, kami akhirnya berpindah dan turut membawa ibu mentua bersama menetap di Jakarta,” katanya kepada BH Online.

    Kehadirannya di Indonesia mendapat perhatian stesen televisyen Indosiar yang mengundang Hazman sebagai tetamu Konser Kangen Merayu sekali gus menjadi ‘come back’ buat Hazman.

    “Alhamdulillah, nampaknya semua yang kami rancang lancar. Saya berpindah bukan disebabkan sambutan dingin di tanah air sendiri. Sebaliknya, sejak pulang daripada pertandingan D’Academy Asia pada 2015, saya sering mendapat tawaran lakonan dan nyanyian.

    “Jadi, inilah masanya untuk saya berhijrah ke negara seberang bagi melebarkan sayap seterusnya membina nama pada peringkat antarabangsa,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...