Beri acai dikaji sebagai rawatan COVID-19

OTTAWA, 1 SEPT – Para penyelidik Kanada berkata semalam mereka sedang menyiasat makanan hebat – beri acai – sebagai rawatan untuk mengelak simptom paling teruk COVID-19.

Kajian lalu telah menunjukkan ekstrak beri itu mungkin berfungsi sebagai penghalang keradangan, yang dipercayai oleh doktor mungkin membantu menyekat respons keradangan teruk berpunca daripada koronavirus.

Saintis Universiti Toronto, Michael Farkouh dan Ana Andreazza, yang telah mengkaji kesan beri ke atas respons keradangan selama lima tahun, sedang mengkaji bagaimana ia boleh digunakan untuk memerangi COVID-19.

“Ia adalah satu rangsangan,” beritahu Farkouh kepada AFP. “Namun beri acai adalah murah dan mudah diperoleh oleh semua orang, selain selamat, maka ia berbaloi untuk dicuba.”

Pasangan itu mendaftarkan kira-kira 580 pesakit yang telah diuji positif dijangkiti koronavirus di Kanada dan Brazil, di mana beri tumbuh.

Separuh daripada mereka mengambil dos ekstrak beri sementara yang selebihnya menerima plasebo.

Harapannya adalah campur tangan awal dengan acai boleh membantu menyekat beberapa gejala penyakit paling teruk, yang boleh menyebabkan pesakit dimasukkan ke hospital malah membawa kematian, kata Farkouh.

Beliau menjelaskan ekstrak menyasarkan jalan NLRP3 yang sama dengan koronavirus, yang apabila diaktifkan mencetuskan respons badan untuk menangkis jangkitan dan stres.

Keputusan kajian 30 hari itu dijangka dikeluarkan pada akhir 2020. – AFP

Gambar fail menunjukkan seekor burung memakan beri acai dari bakul di bot seorang peniaga Evandro Santos di Sao Jose, Melgaco, negeri Para, Brazil. – AFP