Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beri kefahaman akan peranan mahkamah Syariah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Dalam usaha untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada para pelajar berhubung peranan dan tanggungjawab mahkamah-mahkamah Syariah di negara ini, Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan sesi taklimat di Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, taklimat tersebut merupakan salah satu aktiviti Mahkamah-mahkamah Syariah bagi tahun 2017 yang juga dihasratkan secara langsung untuk mendidik para pelajar mematuhi undang-undang negara di samping memperkenalkan kerjaya di bidang kehakiman.

    Lebih 800 orang pelajar hadir mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pendaftar, Mahkamah-mahkamah Syariah, Haji Hassan bin Haji Metali.

    Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pendaftar, Haji Bahrin bin Haji Alias dan Pemangku Pengetua Maktab Duli, Hajah Monaliza binti Haji Abdul Halim.

    Taklimat tersebut merupakan yang kedua diadakan selepas yang pertama diadakan di Pusat Tingkat Enam Meragang pada 10 Julai 2017 yang lalu.

    Sesi soal jawab dibukakan kepada pelajar-pelajar Maktab Duli.
    Sesi soal jawab dibukakan kepada pelajar-pelajar Maktab Duli.
    Antara yang hadir pada majlis itu.
    Antara yang hadir pada majlis itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda