Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beri keutamaan suara rakyat

    KOTA KINABALU, 25 Mei – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu saluran media khususnya di Sabah berpegang dan memberi keutamaan kepada suara rakyat dengan memastikan setiap pandangan disampaikan ke pengetahuan kerajaan dan masyarakat umum.

    Mohd Shafie berkata ini penting bagi memastikan media berupaya menjadi platform berkesan dalam menyampaikan maklumat sebenar berhubung pembangunan rakyat pada peringkat akar umbi termasuk keperluan dan kehendak mereka supaya kerajaan dapat mengata-si permasalahan dihadapi rakyat.

    “Kerajaan negeri juga membenarkan media lebih terbuka, mereka tidak seharusnya mempunyai ideologi atau agenda politik, tetapi perlu memberi fokus kepada suara rakyat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Jelajah Ramadan RTM di sini hari ini.

    Turut hadir Anggota Parlimen Sepanggar Datuk Aziz Jamman dan Pemangku Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi.

    Terdahulu, ketika berucap Mohd Shafie berkata RTM memainkan peranan cukup penting dalam membentuk pemikiran rakyat khususnya generasi muda, apatah lagi ketika ini kemunculan pelbagai media sosial begitu mencabar berikutan kebolehcapaian maklumat menerusi laman itu tiada batasan. Justeru, Mohd Shafie berkata sudah tiba masa RTM tidak hanya menjadi suara kerajaan tetapi perlu terus diperkasa sebagai saluran menyampaikan suara rakyat. – Bernama

    Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tiga kiri) diiringi oleh Pemangku Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi (kiri) ketika melakukan lawatan ke Bazar Ramadan RTM di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda