Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Beri peluang belia negara, bersama capai Wawasan 2035

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Ucapan penangguhan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman mengutarakan beberapa perkara seperti yang dibentangkan bagi tahun kewangan 2022/2023 bahawa perbelanjaan negara yang telah diluluskan adalah sebanyak 5.7 bilion.

    Beliau berkata, kita perlulah meneruskan usaha-usaha dalam memastikan perbelanjaan negara tidak akan sentiasa meningkat dan meneruskan usaha-usaha dalam pelaksanaan projek-projek melalui pembiayaan alternatif dan juga inisiatif-inisiatif PPP yang lain.

    Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty percaya jika lebih banyak usaha kerjasama PPP terus dipergiatkan, ia akan melahirkan hasil yang sangat menguntungkan kerajaan dan menjimatkan perbelanjaan negara.

    Kita perlulah memberikan peluang, perhatian dan harapan yang tinggi kepada belia-belia negara untuk mereka terus percaya diri dalam menyuarakan pandangan dan meyakini diri mereka dalam sama-sama mencapai wawasan negara 2035. Ini selaras dengan tema belanjawan negara bagi tahun Kewangan 2022/2023 iaitu Memperkasa Kesejahteraan Awam ke arah Sosioekonomi yang lebih Berdaya Tahan.

    Tidak dapat dinafikan inisiatif-inisiatif yang diterajui oleh sektor swasta membolehkan peningkatan produktiviti, sebagai ejen pertumbuhan ekonomi, inovasi, menjana pekerjaan, mengukuhkan kemahiran dan menggalakkan kemajuan teknologi. Adalah diharapkan agar pihak kerajaan akan sentiasa berusaha untuk menggalakkan sebuah ekosistem yang menjana perkembangan sektor perniagaan bersama pihak swasta dan meningkatkan lagi usaha-usaha ke arah Pelaburan Langsung Asing (FDI).

    Jika dasar atau mekanisma tawaran kita menjadi penghalang bagi FDI yang berpotensi tinggi untuk melabur dengan negara kita, maka penting untuk kita menilai semula dan membuat perubahan yang perlu yang pastinya akan menguntungkan dan membantu pembangunan negara.

    Dalam kesempatan ini, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty juga tidak ketinggalan menyampaikan ucapan Selamat Hari Wanita Antarabangsa kepada para wanita yang berada di dalam Dewan Majlis Mesyuarat Negara serta seluruh kaum wanita di Negara Brunei Darussalam sempena Hari Wanita Antarabangsa.

    Tema Break the Bias merupakan masa sesuai untuk meraikan pencapaian wanita yang bertindak sebagai pemangkin ke arah perubahan positif, inklusif, dinamik dan inovatif yang dapat membantu merealisasikan agenda pembangunan negara.

    Beliau juga berkata, semua wanita perlu ingat bahawa mereka mempunyai kehebatan untuk mencapai apa yang diinginkan kerana apa yang penting, para wanita harus percaya mereka boleh memimpin diri untuk melakukan suatu perubahan jika ada kesungguhan untuk menuju ke arah apa yang diinginkan.

    Dengan ini, beliau berharap pendekatan whole of nation dan whole of government yang sering di laungkan akan benar-benar dapat direalisasikan dan tidak akan membebankan mana-mana pihak untuk menanganinya termasuk dengan penglibatan dan kerjasama yang erat bagi semua kementerian bersama pihak swasta yang berkepentingan secara berterusan.

    Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty semasa menghadiri permesyuaratan MMN di Dewan Majlis – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...