Beri peluang sukan elektronik berkembang

KUCHING, 8 Nov – Kerajaan perlu memantapkan semula undang-undang berkaitan lesen hiburan bagi memberi peluang kepada sukan elektronik untuk berkembang memandangkan sukan itu semakin popular dalam kalangan belia di Sarawak.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata tawaran hadiah lumayan sehingga mencecah ribuan ringgit dalam sukan elektronik menyebabkan ia kian popular dan dilihat sebagai antara peluang bagi pengusaha pusat sukan elektronik menjana pendapatan.

Namun, katanya pengusaha atau operator pusat sukan elektronik menghadapi masalah untuk mendapatkan lesen pusat sukan elektronik kerana ia dikategorikan dalam lesen pusat hiburan oleh pihak berkuasa tempatan. – Bernama