Beri penjelasan serba sedikit

Baru-baru ini rakan saya yang baru balik dari luar negara dan menjalani kuarantin mandatori 14 hari, berdepan dilema apabila cutinya banyak terbuang akibat kuarantin tersebut.

Sebelum ini, dia dimaklumkan oleh pihak relevan bahawa kuarantin mandatori itu tidak akan dikira dalam cuti tahunan namun sekarang,

dia diberitahu majikan bahawa peraturan dari sebuah agensi mengatakan ia akan ditolak daripada cuti tahunan.

Persoalannya sekarang, terdapat percanggahan mengenai perkara ini daripada pihak relevan dan tiada pengumuman dibuat oleh pihak tertentu mengenainya yang membawa banyak kekeliruan. Malah persoalan mengenai kemasukan semula ke negara ini juga menimbulkan banyak kekeliruan dan pertanyaan.

Teraba-raba mencari maklumat