Beri pesanan kepada anak sebelum keluar beraya

“Papa, mama, kenapa tak dapat duit raya pun, tak nak pergi ke rumah orang itu lagi.”

Alamak, tuan rumah beraya terdengar percakapan anak itu, pasti si ibu ataupun si ayah berasa malu mengenainya. Berhari raya bersama anak-anak mungkin merupakan perkara yang agak merisaukan bagi ibu bapa. Mana tidaknya, jika tidak dikawal ragam anak-anak mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan kepada si tuan rumah. Jadi, sempena sambutan Hari Raya kali ini, alangkah baiknya untuk si ibu dan si bapa untuk memberi pesanan ‘maut’ kepada anak-anak terlebih dahulu sebelum keluar beraya.

Si ibu dan si ayah wajib pesan kepada anak tujuh nasihat ini ketika hendak pergi beraya.

1. Jangan minta duit raya

Jika hendak menziarahi rumah atau mengeliling satu kampung pun boleh. Tapi apabila masuk rumah orang, jangan sekali-kali minta duit raya. Kita tidak tahu keadaan ekonomi tuan rumah itu. Jadi, makan dan minum saja kuih muih yang tuan rumah hidangkan tetapi ajar anak kita untuk tidak meminta minta duit raya

2. Jangan buka sampul duit raya di depan tuan rumah

Membuka sampul duit raya di depan tuan rumah dan menyebut jumlah duit adalah perbuatan yang memalukan dan tidak beradab kepada tuan rumah. Ada orang mampu sahaja yang memberikan $10 ke atas, tetapi ada orang jika bagi 50 sen pun mereka terpaksa menyimpan sepanjang tahun.

3. Jangan intai rumah orang

Kalau sudah ketuk tiga kali dan tak ada orang respon, baliklah. Itu adalah adab bertamu. Bila ketuk rumah orang pula, jangan berdiri betul-betul di muka pintu, ajar anak untuk berdiri di tepi pintu supaya bila pintu itu dibuka, kita tak terus nampak aurat ahli keluarga tuan rumah itu.

4 . Jangan masuk ke bilik tidur orang tanpa izin

Beritahu anak kita bahawa bilik tidur adalah tempat paling privasi bagi tuan rumah. Jika mahu solat ataupun ke tandas sekalipun, harus minta izin terlebih dahulu.

5. Jangan buka peti ais rumah orang

Ada orang mengadu bahawa ada anak tetamu datang rumahnya, buka peti ais dan minta pelbagai jenis makanan yang ada di dalamnya. Sebagai tuan rumah, kita hargai dan muliakan tetamu tetapi sebagai tetamu, mestilah hormat tuan rumah.

Tidak boleh biarkan anak kita sesuka hati meneroka rumah orang. – Agensi

Membuka sampul duit raya di depan tuan rumah dan menyebut jumlah duit adalah perbuatan yang memalukan dan tidak beradab kepada tuan rumah. – Gambar hiasan