Beribu-ribu bantah penembakan polis

DHAKA, 21 OKT – Beribu-ribu orang mengadakan bantahan terhadap polis di seluruh Bangladesh hari ini, sehari selepas sekurang-kurangnya empat orang mati apabila anggota polis melepaskan tembakan ke arah orang ramai dalam rusuhan agama paling teruk setakat ini.

Sekitar 20,000 Muslim menyeru bagi hukuman mati ke atas seorang lelaki muda Hindu di pulau Bhola pada Ahad kerana menulis mesej di Facebook yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW, dengan polis mengatakan mereka melepaskan tembakan selepas perusuh membaling batu ke arah mereka.

Empat orang mati dalam kejadian tersebut dan 50 lagi cedera, dengan sekurang-kurangnya tujuh lagi dalam keadaan kritikal di hospital. – AFP