Beribu-ribu sertai bantahan diThailand

PATHUM THANI, 10 OGOS – Beribu-ribu orang dari seluruh lapisan masyarakat Thailand hari ini keluar menyertai rapat bantahan antikerajaan, satu pertunjukan terbesar kebencian menyasarkan pentadbiran Prayut Chan-O-Cha selepas berminggu-minggu rapat umum.

Mengibarkan bendera berwarna-warni, menunjukkan tanda kesat dan poster-poster aktivitis pro-demokrasi yang hilang, pembantah berhimpun di Universiti Thammasat di pinggir Bangkok ketika matahari terbenam.

Kehadiran ramai selepas berminggu-minggu protes diketuai pelajar itu, mengecam pentadbiran tentera Prayut.

Manakala pada hujung minggu, dua aktivis diberkas atas tuduhan memfitnah – kemudian dibebaskan dengan jaminan – atas peranan mereka dalam rapat besar-besaran pada 18 Julai lalu.

Penganjur hari ini mengulangi tuntutan untuk meminda perlembagaan 2017, pembubaran parlimen dan menyeru kerajaan agar ‘berhenti mengugut rakyat.’

Protes itu menarik pelbagai lapisan masyarakat, daripada pelajar sekolah tinggi dan penyokong warga emas pro-demokrasi. – AFP

Sebuah kereta perisai mainan dibakar bagi mempersendakan perlembagaan Thailand ketika rapat umum menuntut kerajaan tentera Prayut dan pindaan perlembagaan di luar bangunan parlimen di Bangkok, 10 Ogos. – AFP