Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Seramai 180 orang pelajar Tahun 7 hingga 9 telah menghadiri taklimat Jerayawara Kenali ASEAN yang berlangsung di Sekolah Menengah Chung Ching, Seria, baru-baru ini.
Acara yang dihasratkan untuk memberigakan mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah tersebut dikendalikan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa, selaku Sekretariat Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI.
Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim.
Turut hadir ialah pengetua sekolah berkenaan, Sim Jeng Siang, guru kanan dan para tenaga pengajar sekolah.
Program berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEANness) dalam kalangan pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.
