Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Beriga peranan UNDP laksana SDG

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri buat julung kalinya menjadi hos bersama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) bagi bengkel mengenai peranan UNDP dalam menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) yang telah diadakan secara maya, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPM, objektif bengkel berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai peranan UNDP dalam pelaksanaan SDG dan menerokai peluang kerjasama yang bermanfaat bagi Negara Brunei Darussalam khususnya dalam pelaksanaan SDG.

    Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan-aluan daripada Setiausaha Tetap (Wawasan, Kewangan dan Kabinet) di JPM, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad selaku pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan SDG Negara Brunei Darussalam dan Wakil Residen UNDP di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Niloy Banerjee.

    Seterusnya, beberapa taklimat mengenai pengalaman dalam mendukung pelaksanaan SDG telah disampaikan oleh wakil-wakil dari UNDP dan rakan-rakan bersekutu dari Malaysia, Indonesia dan Filipina.

    Bengkel juga mendengarkan taklimat daripada pengarah Pejabat Wawasan Brunei selaku ketua Sekretariat Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan SDG yang mengetengahkan pencapaian dalam pelaksanaan SDG bagi Negara Brunei Darussalam setakat ini.

    Bengkel diakhiri dengan ucapan penutup daripada Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Pengiran Norhashimah binti Pengiran Mohd Hassan dan Timbalan Wakil Residen UNDP di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Manon Bernier.

    Hadir sama pada bengkel dalam talian tersebut ialah timbalan setiausaha tetap di JPM dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, ahli-ahli Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan SDG, pegawai-pegawai kanan dan pegawai daripada kementerian-kementerian, institusi-institusi pendidikan tinggi dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...