Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Beriga usaha kerajaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Seramai 29 orang jemaah dari tiga buah masjid iaitu Masjid Hassanal Bolkiah Mentiri, Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar dan Masjid Kampung Sungai Bunga telah menyertai Program Masyarakat Bermaklumat yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

    Program tersebut merupakan salah satu landasan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan supaya semua anggota masyarakat memahami, menyokong dan menghayatinya secara berkesan melalui penyampaian taklimat, sesi dialog dan lawatan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya.

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Pengerusi Program Masyarakat Bermaklumat, Awang Muhd Khairulhadi bin Haji Muhd Muhtaddir.

    Menurutnya, tujuan program itu diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberigakan perkembangan terkini mengenai usaha-usaha kerajaan ke arah mempertingkatkan taraf hidup dan menyuntik semangat diri serta memberikan inspirasi kepada anggota masyarakat.

    Hajah Hamsah hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengukuhkan jati diri dan memberi keyakinan yang tinggi dalam menangani cabaran dan pengaruh kehidupan yang boleh mengganggu keharmonian, kesejahteraan dan kestabilan kehidupan di negara ini.

    Majlis juga diteruskan dengan taklimat bertajuk Peranan dan Tanggungjawab Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam dari Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan.

    Taklimat kedua pula bertajuk Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei dan taklimat ketiga bertajuk Peranan, Dasar dan Peraturan daripada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei.

    Pada sesi petang, para peserta juga mendengarkan taklimat keempat yang bertajuk Jenayah Siber yang disampaikan oleh Cyber Security Brunei dan seterusnya para peserta dibawa melawat ke Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama, Berakas.

    Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Haji Mohd Asraf bin Haji Bujang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...