Berigakan peranan arkib negara

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menghadiri sesi Taklimat Pengurusan Rekod yang berlangsung di Teater PM Dato Sharifuddin, Bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam.

Sesi taklimat berkenaan bertujuan bagi memberigakan fungsi dan peranan Arkib Negara Brunei Darussalam khususnya dalam memberi khidmat nasihat mengenai
pengurusan rekod awam secara lebih bersistematik dan menerangkan mengenai koleksi bahan arkib yang boleh dijadikan sebagai rujukan dalam melaksanakan penyelidikan.

Taklimat telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Arkib, Haji Mohamad Jefri
bin Haji Sabli dan Pegawai Arkib, Awang Zulhilmi bin Mohd Zain.

Selain mendengarkan taklimat, pegawai dan kakitangan KHEU turut dibawa melawat ke ruang kerja Unit Pengurusan Rekod untuk melihat secara lebih dekat mengenai tatacara pengurusan rekod yang lebih tepat dan Dewan Penyelidikan di Unit Perkhidmatan Akses dan Rujukan bagi mengetahui koleksi bahan-bahan arkib yang boleh dirujuk bagi tujuan penyelidikan.

Pegawai dan kakitangan KHEU mengambil peluang untuk melihat koleksi bahan arkib secara lebih dekat di Dewan Penyelidikan, Arkib Negara Brunei Darussalam.– Gambar serahan Arkib Negara Brunei Darussalam.