Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Bank Baiduri bergerak ke arah perbankan cloud

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Bank Baiduri bakal menjadi bank pertama di Brunei yang mengendalikan platform perbankan terasnya dalam Cloud di bawah model SaaS, dengan penandatanganan perjanjian bersama Temenos, platform terbuka terkemuka dunia bagi perbankan composable.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Baiduri, penandatanganan perjanjian diadakan hari ini di Raffles City Convention Centre, Singapura di mana menandatangani bagi pihak Bank Baiduri ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Ti Eng Hui manakala Temenos diwakili oleh Pengarah Urusan APAC, Craig Bennett.

    Majlis berkenaan turut dihadiri oleh eksekutif kanan daripada kedua-dua syarikat serta rakan pelaksana Temenos, Tech Mahindra yang merupakan penyedia terkemuka bagi perkhidmatan dan penyelesaian transformasi digital, perundingan dan kejuruteraan semula perniagaan.

    Ti Eng Hui dipetik berkata, “Sejak 2020, kami telah memulakan perjalanan transformasi digital dengan matlamat untuk memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan kecekapan operasi, keupayaan analisis dan akhirnya, pengalaman pelanggan.

    “Projek perbankan teras kami, adalah pelaburan strategik seterusnya dan paling penting, dalam perjalanan ini,” jelasnya.

    Ti Eng Hui menandatangani perjanjian bagi pihak Bank Baiduri. – Gambar serahan Bank Baiduri

    Menurut beliau lagi, untuk berjaya dalam landskap digital yang berkembang pesat, memerlukan penyelesaian fleksibel yang responsif dan cekap.

    “Temenos Banking Cloud membuka peluang baharu kepada Bank Baiduri dengan menyediakan akses segera kepada keupayaan perbankan bertaraf dunia dan fleksibiliti untuk menggunakan apa yang kita perlukan semasa kita memerlukannya.

    “Beralih ke SaaS untuk perbankan teras adalah yang pertama dan langkah ke hadapan yang besar bagi Bank Baiduri,” ujar beliau.

    Katanya lagi, “Kami melibatkan IDC untuk menjalankan penilaian pasaran dan Temenos dipilih bagi seni bina composable dan pelbagai perkhidmatan perbankannya untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan kami.”

    Kenyataan menjelaskan bahawa penyelesaian Cloud baharu menggunakan data dan analisis yang digunakan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan digital, meningkatkan kecekapan pentadbiran dan sokongan, mengurangkan risiko dan menyokong inovasi.

    Menggantikan sistem lama dengan platform SaaS yang moden akan membolehkan Bank Baiduri menawarkan tawaran yang diperibadikan dengan masa dan kos yang kecil kepada pelanggan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...