Berita hadiah AS$1 bilion tidak benar

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Pejabat Perdana Menteri hari ini menyangkal dakwaan bahawa Sultan Brunei telah memberi sejumlah besar wang kepada kerajaan Malaysia untuk memulihkan ekonomi negara ini.

“Ia tidak benar,” kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri apabila ditanya mengenai perkara itu yang tular menerusi media sosial hari ini.

Sultan Brunei merupakan ketua negara asing pertama mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pelantikannya di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada Khamis lalu. – Bernama