Berita palsu cetus panik mangsa GempA

JAKARTA, 7 OKT – Ribuan warga Indonesia masih berada di tempat perlindungan hampir dua minggu selepas gempa bumi maut yang dicetuskan oleh amaran berita palsu dan muslihat berterusan mengenai bencana lebih besar akan mengancam, kata kerajaan hari ini.

Kerajaan tempatan telah mengumumkan kecemasan darurat sehingga Rabu, dengan hampir 135,000 orang berada di khemah-khemah dan tempat perlindungan.

Ramai orang yang ditempatkan sangat bimbang untuk pulang ke rumah mereka di pulau terpencil Maluku selepas kawasan itu mengalami lebih 1,000 kejutan lanjur susulan gempa bumi 6.5 magnitud pada 26 September lalu yang mengorbankan puluhan orang dan memusnahkan ratusan buah rumah dan bangunan, kata agensi.

Penduduk yang ketakutan lari ke jalan-jalan raya susulan gempa bumi itu, yang mencetuskan tanah runtuh dan menimbus seorang mangsa.

Gegaran kuat telah membunuh 37 orang, termasuk beberapa kanak-kanak kecil serta mencederakan puluhan yang lain. Lebih 6,000 buah rumah musnah, menurut jumlah rasmi.

Kebimbangan tentang kejutan lanjur telah diburukkan lagi dengan berita palsu dan tipu helah yang tidak henti-henti – terutama dalam WhatsApp dan perkhidmatan mesej lain – yang memberi amaran gempa bumi akibat tsunami akan datang melanda.

“Terpulang kepada anda jika anda mahu percaya saya atau tidak, namun saya bercakap dengan saudara saya dan kelihatannya Ambon akan tenggelam dalam masa beberapa hari,” kata satu mesej yang tular dalam WhatsApp.

Jurucakap bagi agensi pengurangan bencana kebangsaan, Agus Wibowo berkata berita palsu itu membuat situasi semakin bertambah buruk. – AFP