Thursday, August 11, 2022
22.8 C
Brunei

Berjalan rentas 9 negara tunai haji

-

MEKAH, ARAB SAUDI, 6 JULAI – Seorang jurutera elektrik berusia 53 tahun, Adam Mohammed dari United Kingdom merentasi sembilan buah negara dan berjalan kaki melebihi 7,000 kilometer untuk menyahut seruan haji di Mekah, ketika ratusan ribu umat Islam tiba di bumi Anbia itu pada minggu ini untuk menunaikan ibadah haji.

Mohammed, berbangsa Iraq-Kurdistan, pada tahun lalu memutuskan untuk membuat perjalanan tersebut, berhenti di sembilan buah negara sebelum merentas dari Jordan ke sebuah bandar di barat laut Arab Saudi, Tabuk.

Perjalanan itu menjadi lebih dramatik ketika dia memulakannya pada 11 bulan yang lalu, membawa kereta sorong yang mengandungi makanan dan bekalan lainnya, dia tidak pasti jika dia mampu menjejakkan kaki ke masjid-masjid suci di Mekah dan Madinah.

Pada April lalu, Arab Saudi telah melarang jemaah haji dari luar negara pada 2020 dan 2021 dalam usaha untuk mengurangkan penularan wabak koronavirus, Manakala itu, Arab Saudi juga telah mengumumkan bahawa seramai satu juta orang Islam, termasuk 850,000 dari luar negara, dibolehkan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

Kini, Adam Mohammed selamat sampai di kota suci Mekah, berat badannya menurut sebanyak 15 kilogram berbanding semasa dia memulakan perjalanan tersebut, namun Mohammed tidak menyesali dengan keputusannya itu.

“Saya menangis apabila pertama kali sampai. Ia adalah satu perasaan yang tidak dapat dibayangkan,” katanya kepada AFP.

“Perjalanan itu memang meletih-kan. Saya membuat perhentian di beberapa tempat untuk berehat tetapi saya fokus pada satu perkara: saya berusia 53 tahun, jadi jika saya menggunakan 11 bulan berjalan kaki untuk sampai ke rumah Allah SWT? Ia sangat berbaloi,” katanya lagi.

Mohammed berkata pihak berkuasa Arab Saudi membenarkan dia dan isteri serta dua anak perempuannya, yang telah berjalan kaki dari United Kingdom ke kerajaan Teluk itu, diberikan permit untuk mengambil bahagian dalam mengerjakan ibadah haji, dengan beberapa ibadah yang mesti dilakukan di Mekah dan di sekitar kawasan barat Arab Saudi itu. – AFP

Jemaah haji dilihat berkumpul di sekitar Kaabah di kota suci Mekah sebelum mengerjakan Tawaf. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Virus Langya jangkiti 35 individu di China

BEIJING, 10 OGOS – Saintis-saintis telah mengesan virus baharu yang dikatakan berasal dari haiwan di timur China yang telah menjangkiti puluhan orang, lapor BBC...
- Advertisment -