Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berjaya kumpul 90 pain darah

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 17 Mei – Sebagai sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR), Pusat Membeli-belah KBSentral telah menganjurkan kempen derma darah yang berlangsung di kawasan Ruang Legar pusat tersebut di sini.

    Kempen yang disertai oleh lebih 100 orang terdiri daripada kalangan para pengunjung dan kakitangan pusat berkenaan adalah suatu aktiviti yang dikendalikan dengan kerjasama dari Bahagian Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait dan Cuckoo Brunei yang menaja makanan buat para penderma.

    Kempen yang bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu berjaya mengumpulkan kira-kira 90 pain darah.

    Antara yang menyumbangkan darah dalam kempen derma darah anjuran Pusat Membeli-belah KBSentral.
    Antara yang menyumbangkan darah dalam kempen derma darah anjuran Pusat Membeli-belah KBSentral.

    Pengurus Pemasaran dan Acara KBSentral, Awang Ahmad Anwar bin Haji Rosly berkata, kempen itu diadakan antara lain untuk memberikan sokongan dalam membantu menambah simpanan darah sebagai kemudahan bagi mereka yang memerlukan terutamanya pesakit dan sebagainya.

    “Kempen seperti ini akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa bagi sama-sama meningkatkan lagi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya menyumbangkan darah sebagai amalan baik membantu mereka yang memerlukannya,” ujarnya lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda