MUZAFFARABAD, Pakistan – Air mata bergenang dan akhirnya mengalir ke pipi Muhammad Ashraf kerana terharu kesedihan dan kegembiraan dalam satu masa, apabila beliau dapat bertemu semula dengan keluarganya selepas terpisah 26 tahun akibat pemberontakan di Kashmir.
“Anak saya berumur 12 tahun semasa kami terpisah. Namun sekarang saya mempunyai cucu berumur 16 tahun,” katanya kepada AFP dalam pengembaraan beliau untuk mencari semula keluarga yang dikasihinya dan melepasi segala pahit manis kehidupannya.
Pada tahun 1990, Ashraf telah berkhidmat sebagai pasukan keselamatan India, jauh dari kampung halamannya, di Kashmir berdekatan dengan wilayah Pakistan, apabila pemberontakan menentang New Delhi semakin memuncak.
Pada Oktober tahun itu, di tengah-tengah laporan mengenai penahanan besar-besaran dan penyeksaan secara meluas, pihak berkuasa cuba untuk melumpuhkan kumpulan militan, di mana keluarga Ashraf melarikan diri dalam ketakutan. Bersama-sama dengan 20,000 warga Kashmir, India lainnya, mereka melintasi sempadan de facto dan mencari kawasan perlindungan di wilayah Pakistan.
Ashraf pada masa itu jauh ketinggalan. Ianya berlaku seminggu sebelum keluarganya dilaporkan hilang, dan selepas daripada satu perempat abad kemudian, mereka akhirnya dipertemukan semula.

“Masa keemasan saya, yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga saya, telah hilang,” katanya kepada AFP.
Apa yang paling menonjol dalam pengembaraan Ashraf itu adalah keadaan yang sangat menyedihkan bagi beribu-ribu keluarga pelarian yang telah terpisah akibat satu konflik, mengakibatkan sekatan berdarah di India pada tahun 1947, apabila benua kecil itu digoncangkan oleh pemerintahan British.
Kashmir merupakan salah sebuah kawasan yang paling merbahaya di dunia, saling direbuti oleh pesaing nuklear India dan Pakistan yang menginginkan sepenuhnya kawasan itu. Dua peperangan telah berlaku di kawasan pergunungan di antara dua negara tersebut, tanpa ada penghujungnya.
Ashraf mendapati bahawa dirinya terperangkap antara kerjayanya sebagai seorang tentera. “Saya pernah berfikir jika saya meletak jawatan, saya mungkin dianggap pengkhianat,” katanya, sambil menambah bahawa dia sangat bimbang terhadap salah seorang anak perempuannya yang pada masa itu berada di Kashmir, India.
Dia tidak dibenarkan untuk mengunjungi wilayah Pakistan, ketika masih aktif bertugas. Tetapi apabila dia bersara pada tahun 2006, beliau menggandakan usahanya untuk menemukan semula keluarganya. Mula-mula Ashraf membuat permohonan untuk menggunakan perkhidmatan bas Kashmir, yang dilancarkan setahun awal bagi kemudahan pertemuan di antara keluarga-keluarga yang terpisah. Dia telah mencubanya sebanyak lima kali secara keseluruhan – kesemua itu hanyalah sia-sia.
Akses kepada perkhidmatan itu sebahagian besarnya telah digunakan oleh pihak berkuasa secara sesuka hati dan sering mengalami gangguan semasa tempoh ketegangan masih memuncak. Beliau kemudiannya memutuskan untuk memohon pasport untuk membolehkan beliau menyeberangi sempadan rasmi yang lebih jauh ke selatan di wilayah Punjab, tetapi dokumen itu mengambil masa 10 tahun untuk mendapatkannya.
Sebab-sebab kelewatan adalah tidak jelas, namun ia berkemungkinan dari jawatannya sebagai seorang bekas tentera India, oleh itu pihak berkuasa tidak berminat untuk melepaskannya pergi ke Pakistan. Pada tahun 2016, beliau telah menerima pasportnya – tetapi ianya sudah terlambat baginya untuk melihat kedua ibu bapanya, apabila mereka sudah meninggal dunia di Pakistan.
Majlis perkahwinan anak-anaknya, kelahiran cucunya, kesemuanya berlaku di sana juga – sejak beberapa tahun lama tanpa Ashraf. Beliau juga melepasi detik-detik bahagia bersama isterinya, Badar Un Nisa, yang kini berusia 62 tahun. “Saya menangis di kesemua perkahwinan anak saya kerana saya sangat merindui suami saya,” katanya kepada AFP.
“Ibu saya bekerja keras,” kata anak Ashraf, Muhammad Asghar. “Keadaan sangat sukar bagi seorang wanita untuk membesarkan anak-anak tanpa adanya sokongan daripada suami.”
Apabila perjanjian gencatan senjata telah ditandatangani pada tahun 2003, pihak berkuasa telah menetapkan dua tempat di Sungai Neelum, merentasi India-Pakistan yang menguasai Kashmir, di mana saudara-mara boleh melambai-lambai mereka di sebelah kawasan itu merentasi air yang deras.


Keluarga Ashraf pernah melihat kelibat beliau di sana sekali, semasa Hari Raya, pada tahun 2016 – 16 tahun dalam perpisahan mereka. Sungai itu berada hanya sekitar 25 meter lebar di sana, tetapi dengan adanya tentera bersenjata mengawal rapat kawasan itu, kesemua keluarga hanya dapat melihat sahaja.
Ashraf Jan, 60, yang berasal dari kampung yang sama dengan Muhammad Ashraf – Karen di kawasan Kashmir yang dikuasai India – juga telah terpisah dengan keluarganya sejak tahun 1990. Beliau begitu patah hati melihat anaknya, Ashiq Hussain, di seberang Sungai Neelum.
“Saya mahu melompat dan menggapai beliau,” katanya kepada AFP.
“Saya menangis di sebelah sungai, manakala anak saya menangis di sebelahnya. Kami merasa tidak bermaya,” tambahnya.
Melihat semula anaknya pada bulan Februari lalu adalah seperti ‘dilahirkan semula’, jelasnya. Tetapi buat dia dan Ashraf, pertemuan kedua-dua mereka telah diwarnai dengan kesedihan: visa mereka hanya bertahan selama sebulan. Mereka cuba mencari beberapa penyelesaian dan kekal tinggal di Pakistan Kashmir buat masa sekarang sementara menunggu jawapan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri, namun pada akhirnya, mereka harus kembali ke tempat asal.
Jika mereka menyerahkan pasport India mereka, mereka boleh mendapatkan status pelarian kekal di kem-kem perkemahan di Kashmir, Pakistan – tetapi, bagi Ashraf, itu bermakna meninggalkan anak perempuannya di belakang, begitu juga rumah dan pencen beliau.
Jika dia menyimpan pasport itu, dia boleh melawat lagi. Tetapi dengan ketegangan memuncak sekali lagi antara India dan Pakistan, tiada penyelesaian kekal yang wujud buat masa ini. Isteri yang ditinggalkan Ashraf, Nisa, merasa sangat tertekan: “Kami sangat gembira apabila suami saya berada di samping sekeluarga, akan tetapi detik-detik kebahagiaan kami hanya sebentar. Dia perlu kembali semula ke sana.” – AFP