Berjuta-juta hilang pekerjaan, hanya bergantung makanan percuma

BANGKOK, 22 APRIL – Barisan panjang penduduk Thailand yang tidak bekerja hanya bergantung pada makanan percuma di seluruh Bangkok, semakin terdesak untuk mendapatkan bantuan wang sehingga sanggup menangkap ikan di saluran kohong, ketika pandemik memusnahkan ekonomi dan kerajaan bergelut untuk memberi respons.

Sekitar 27 juta pekerja informal – yang kehilangan kerja-kerja mereka dalam sektor pelancongan, hiburan, makanan dan perkhidmatan – telah memohon bantuan kewangan bulanan dari kerajaan, begitu pun hanya separuh telah mendapat kelulusan.

Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha juga telah mengeluarkan maklumat bercanggah berhubung berapa lama kerajaan boleh mampu memberi rakyatnya 5,000 baht (AS$150) sebulan.

Semangat kesukarelawanan telah memenuhi jurang yang ditinggalkan oleh kerajaan.

“Kerajaan langsung tidak membantu saya apa-apa,” kata Chare Kunwong, 46, seorang tukang urut pelancong – punca pendapatan yang telah mengecut dengan perjalanan global dicengkam COVID-29.

Dia berdiri berbaris bersama ratusan yang lain di kuarters bersejarah Bangkok hari ini, menunggu untuk menerima sumbangan makanan terdiri daripada nasi, mi, susu dan bungkusan kari.

“Jika saya menunggu bantuan kerajaan, mungkin saya akan mati dulu,” katanya kepada AFP. Perjalanan satu jam dari utara Bangkok di wilayah Pathum Thani, sejumlah besar penduduk tempatan sedang menangkap ikan di saluran suram dalam harapan menangkis kekurangan makanan, lapor media Thailand. – AFP

Seorang wanita yang terjejas dengan tiada pekerjaan berikutan langkah perintah berkurung akibat COVID-19 telah menerima sumbangan makanan dekat Grand Palace di Bangkok pada 22 April. – AFP