Berkat sabar… penantian 10 tahun isteri Irwansyah kini hamil

Setelah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya isteri kepada penyanyi yang juga pelakon Irwansyah iaitu Zaskia Sungkar disahkan hamil.

Memetik laporan Liputan6, Zaskia Sungkar berkongsi berita gembira tersebut menerusi saluran YouTube milik mereka pada Sabtu.

Berita kehamilan Zaskia Sungkar juga disambut gembira oleh rakan-rakan baiknya terutama pelakon Laudya Cynthia Bella yang menangis kegembiraan apabila mengetahui perkara itu.

Pada Februari lalu, Irwansyah dan Zaskia Sungkar mengakui mereka cuba menjalani rawatan tabung uji atau IVF selepas pelbagai usaha lain tidak berhasil. Zaskia Sungkar berkata, dia sepatutnya menjalani rawatan itu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu. – Agensi

Irwansyah dan Zaskia bakal timang cahaya mata pertama tidak lama lagi. – Agensi