Berkati 10 tahun penubuhan persatuan

Oleh Izah Azahari

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Persatuan Wanita Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong ‘B’ baru-baru ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bersempena dengan ulang tahun ke-10 penubuhan persatuan berkenaan di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong.

Hadir pada majlis itu ialah pengerusi persatuan berkenaan, Hajah Rukiah binti Haji Mohammad Yassin, ahli-ahli jawatankuasa eksekutif serta ahli-ahli persatuan dan Muslimah masjid berkenaan.

Acara tersebut dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Kamaruzaman bin Haji Jakar.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran, Doa Selamat dan Doa Arwah dan diakhiri dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

Persatuan berkenaan ditubuhkan pada 11 Disember 2009 dan memiliki 93 orang ahli ketika itu, di mana kini 63 orang ahli masih bergiat aktif.

Haji Kamaruzaman memimpin bacaan Surah Yasin pada majlis kesyukuran berkenaan.
Ahli-ahli Persatuan Wanita MPK Sengkurong B yang hadir pada majlis tersebut.