Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Berkati pelancaran Kempen FSFS BSM

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Bagi memberkati pelaksanaan Kempen Isi Selamat, Rasa Selamat (FSFS) 2022 yang dilancarkan hari ini, Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) telah mengadakan sembahyang fardu Asar berjemaah dan ceramah agama di Masjid Ash-Shaliheen, petang tadi.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw.

    Majlis telah dimulakan de-ngan ceramah yang disampaikan oleh daie bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Mohammed Khairul Mu’az bin Haji Sibodaud dan diikuti dengan sembahyang fardu Asar berjemaah.

    Turut hadir ialah kakitangan BSM, bersama pegawai-pegawai dari JPM serta perwakilan dari Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA) dan stesen-stesen runcit.

    Dato Seri Paduka Haji Matsatejo turut sama-sama menunaikan sembahyang fardu Asar berjemaah.
    Ceramah agama disampaikan oleh daie bertauliah MUIB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...