Berkeinginan untuk bersaing dalam AJL
Tidak dinafikan penggiat industri muzik tempatan terutama penyanyi, menaruh harapan tinggi karya yang dihasilkan dipertandingkan pada pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Ini kerana AJL yang dianjurkan oleh TV3 sudah dianggap sebagai penanda aras. Karya dipilih juri untuk bertanding pada malam kemuncak adalah yang terbaik. Marsha Milan Londoh juga tidak terkecuali mengimpikan beraksi di pentas AJL.


































